Powered By Blogger

-Ismi Araf - List

-Tentang Ana-

My photo
Big River, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
اللهم انى اعوذ بك من فتنة النار وعذاب النار و فتنة القبر وعذاب القبر ومن شر فتنة الغنى ومن شر فتنة الفقر . Ya Allah aku berlindung dengan Mu dari fitnah api neraka, azab neraka, fitnah qubur dan azab qubur serta keburukan fitnah kekayaan dan keburukan dari fitnah kefaqiran

Tuesday, December 30, 2008

Tiada Seksa Kubur???????? Bijaknya Astora Jabat Dan Dungunya Utusan Melayu

1. LATAR BELAKANG

1.1 Seorang penulis yang giat menulis di surat-surat khabar yang
menggunakan nama pena Astora Jabat sering menulis isu-isu agama yang
kontroversi

1.2 Dalam Majalah Al Islam keluaran edisi bulan November dan
Disember beliau telah menulis artikel bertajuk “Tiada azab kubur
selepas meninggal dunia “ dan “percanggahan hadith mengenai azab kubur

2. ASAS PANDANGAN BELIAU

2.1 Astora Jabat menggunakan beberapa asas dalam menegaskan pendiriannya seperti :-

2.1.1 Azab kubur tidak disebut di dalam Al Quran secara muktamad
tetapi hanya para ulama’ sahaja yang menghurai dan mentafsirkannya.

2.1.2 Semua hadith yang menceritakan tentang azab kubur adalah
hadith ahad belaka.Hadith ahad tidak boleh menthabitkan perkara aqidah.

2.1.3 Menolak azab qubur tidak kafir kerana ia hanya dithabitkan
dengan hadith ahad dan tafsiran ayat Al Quran yang tidak muktamad.

2.1.4 Menggunakan logic aqal seperti mempertikaikan cara azab
qubur kepada mayat yang tidak di quburkan dan mendakwa adalah tidak
adil jika mayat yang mati dahulu akan diazab lebih lama dari mayat yang
kematiannya lewat.

3. DALIL KEBENARAN ADANYA AZAB QUBUR

3.1 Ahli Sunnah wal Jamaah dan Jumhur Muktazilah berpandangan
bahawa azab qubur adalah benar berdasarkan kepada dalil – dalil berikut
:-

3.2 Dalil-dalil Al Quran

3.2.1 Firman Allah ayat 124 surah toha
ومن اعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا
Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan ku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit.

Menurut Abu Said Al Khudri dan Abdullah Ibn Masud perkataan ضنكا adalah azab qubur.

3.2.2 Firman Allah ayat 47 surah Tur
و إن للذين ظلموا عذابا دون ذلك
Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain selain itu

Abdullah bin Masud berkata bahawa yang dimaksudkan dengan azab di dalam ayat ini adalah azab qubur.

3.3.3 Firman Allah dalam surah At Takathur ayat 3

كلا سوف تعلمون
Janganlah sekalikali begitu kelak kamu akan mengetahui

Abdullah Ibn Abbas RA mengatakan bahawa ayat ini merujuk kepada azab qubur.

3.2.4 Firman Allah yang mengisahkan keluarga Firaun dalam surah Ghafir ayat 46

النار يعرضون عليها غدوا وعشيا ويوم تقوم الساعة
أدخلوا آل فرعون أشد العذاب"

Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada
hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat) : “Masukkanlah
Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras”

دلت الآية على أن العرض قبل يوم القيامة لأن العطف يقتضى المغايرة
وليس ذلك العرض فى الدنيا قطعا فيكون فى البرزخ
Ayat ini menunjukkan bahawa pembentangan itu berlaku sebelum hari
qiamat kerana عطف di situ membawa makna مغايرة yang sudah tentu tidak
berlaku di dunia malah di alam barzakh.

3..2.5 Firman Allah yang mengisahkan kaum nuh dalam surah Nuh ayat 25

أغرقوا فادخلوا نارا
Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka,
mereka tenggelam lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat
penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah.

والفاء للتعقيب فدخول النار عقب الغرق مباشرة
يكون فى البرزخ وليس فى القيامة

Huruf ‘fa’ menunjukkan berturutan maka masuk neraka selepas lemas
berlaku berturutan dan ianya berlaku di alam barzakh dan bukan pada
hari qiamat.

3..2.6 Firman Allah dalam surah Aali Imran ayat 169-170

ولا تحسبن الذين قتلوا فى سبيل الله امواتا بل
احياء عند ربهم يرزقون فرحين بما اتاهم الله من
فضله ويستبشرون بالذين لم يلحقوا بهم من
خلفهم الا خوف عليهم ولا هم يحزنون .

Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan
Allah itu mati : bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan dengan mendapat
rezeki.

Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang
diberikan-Nya kepada mereka. Dan mereka bergirang hati terhadap
orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka.
Bahawa tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka
bersedih hati.

فهذا النعيم قبل يوم القيامة قطعا لان الاية ترشدنا الى الا نعتبرهم
امواتا كما تخبرنا بانهم يتطلعون الى اخوانهم الذين ما زالوا فى الدنيا
ينتظرون الشهادة .

Dalam ayat di atas kenikmatan berkenaan berlaku sebelum hari
qiamat kerana kita diarahkan jangan menyangka mereka mati dan ayat
berkenaan memberitahu kita, bahawa mereka menunggu-nunggu
saudara-saudara mereka yang masih berada di bumi mencari mati syahid.

3..2.7 Apa yang perlu diperhatikan daripada keterangan ini ,
bahawa sahabat-sahabat Nabi SAW yang menafsirkan bahawa ayat ayat
berkenaan adalah merujuk kepada azab qubur maka pendapat yang
mengatakan ianya hanya tafsiran ulama’ sahaja adalah tidak
benar.Sahabat-sahabat yang cukup terkemuka ini telah mendapat
pengiktirafan Nabi SAW sendiri seperti Abdullah Ibn Abbas dan Abdullah
Ibn Masud RA serta penafsiran Al Quran menurut keadah bahasa Arab yang
betul menguatkan lagi ketepatan tafsiran ayat-ayat ini merujuk kepada
azab qubur.

4..3 Dalil-dalil Hadith

Walaupun hadith-hadith yang berkenaan dengan azab qubur ini adalah
hadith Ahad tetapi ia termasuk dalam mutawatir dari sudut makna (متواتر
المعنى )

4..31 Telah meriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah Saw
melintasi dua qubur lantas baginda SAW bersabda :

انهما ليعذبان وما يعذبان فى كبير اما احدهما لا يستتر من بوله
واما الاخر فكان يمشى بين الناس بالنميمة

Sesungguhnya mereka berdua tidaklah diazab disebabkan dosa-dosa
besar yang mereka lakukan tetapi disebabkan salah seorang mereka tidak
dapat mengetuskan air kencingnya dan seorang lagi memecah belahkan
masyarakat dengan adu domba.

4..3.2 Diantara doa yang telah disepakati ma’thur dari Rasulullah SAW ialah :

اللهم انى اعوذ بك من فتنة النار وعذاب النار و فتنة القبر وعذاب القبر
ومن شر فتنة الغنى ومن شر فتنة الفقر .

Ya Allah aku berlindung dengan Mu dari fitnah api neraka, azab
neraka, fitnah qubur dan azab qubur serta keburukan fitnah kekayaan dan
keburukan dari fitnah kefaqiran

4..3.3 Imam Muslim meriwayatkan hadith beserta sanadnya dari Ibnu Umar

ان احدكم اذا مات عرض عليه مقعده بالغداة والعشي ان كان من اهل
الجنة فمن اهل الجنة وان كان من اهل النار فمن اهل النار يقال
: هذا مقعدك حتى يبعث الله اليه يوم القيامة .
Sesungguhnya salah seorang dari kamu apabila mati diperlihatkan
kepadanya tempat duduknya pagi dan petang. Sekiranya dia bakal menghuni
syurga akan dilihatnya tempat duduknya di syurga begitulah sebaliknya
dan dikatakan kepadanya : Inilah tempat dudukmu sehinggalah Allah
membangkitkannya pada hari qiamat kelak.

4..3.4 Mengenai kedudukan hadis-hadis yang menthabitkan ‘azab dan
ni’mat kubur, yang ditakhrijkan oleh hampir semua kitab-kitab hadis
utama, serta keterangan mengenainya, dapat diteliti pada kitabشرح
العقيدة الطحاوية pada muka surat 572 hingga 588.
Di antara penegasan yang tersebut dalam kitab ini adalah sebagai berikut:

وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر ونعيمه
لمن كان لذلك اهلا و سؤال ملكين فيجب اعتقاد ثبوت ذلك والايمان
به و لا نتكلم فى كيقيته , إذ ليس للعقل وقوف على كيفيته لكونه
لا عهد له به فى هذه الدار

Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan
azab dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga sabitnya,
soal dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan
beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan keifiatnya kerana
aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan.

4..3.5 Hal yang sama dinyatakan juga dalam kitab:
فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والافتاء المجلد الثالث
pada muka surat 444, iaitu sebagai berikut:
وقد تواترت الاخبار عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى ثبوت سوال
الميت فىقبره وثبوت نعيمه فيه او عذابه حسب عقيدته وعمله بما
لا يدع مجالا للشك فى ذلك ولم يعرف عن الصابة رضي الله عنهم فى
ثبوت ذلك خلافا ولذا قال بثبوته اهل السنة والجماعة
Dan sesungguhnya telah mutawatir hadis-hadis dari Rasulullah S.A.W di
dalam mengithbatkan soal jawab mayat keatas mayat di dalam kuburnya dan
juga telah thabit (tetap) berkaitan dengan nikmat-nikmat dan azab kubur
bergantung pada akidahnya (simati) dan amalannya (simati) di mana tidak
ada ruang untuk ragu-ragu dalam masalah ini (nikmat dan azab kubur) dan
tidak diketahui dari para sahabat khilaf dalam masalah ini. Oleh yang
demikian itu Ahlus Sunnah Wal Jamaah menetapkannya (adanya azab dan
nikmat kubur).

4..3.6 Berdasarkan kepada kedudukan hadis-hadis ini, Syekh Muhammad Nashiruddin Albani, menyatakan di dalam kitabnya:
سلسلة الاحاديث الصحيحة المجلد الاول القسم الاول رقم 159
Pada muka surat 294 hingga 296, selepas menuliskan hadis berikut:

إن هذه الأمة تبتلى فى قبورها فلو لا ان تدافنوا لدعوت الله ان يسمعكم
من عذاب القبر الذى اسمع منه……. أخرجه مسلم من طريق ابن علية
Sesungguhnya umat ini akan diuji di dalam quburnya seandainya kamu
tidak akan ditanam (di dalam qubur ) nescaya aku meminta dari Allah
supaya diperdengarkan kepada kamu azab qubur yang aku dengar
daripadanya “

Faedah-Faedah Hadis :

إثبات عذاب القبر، والأحاديث في ذلك متواترة، فلا مجال للشك فيه
بزعم أنها آحاد. ولو سلمنا أنها آحاد، فيجب الاخذبها.

Beriman dengan azab kubur, dan hadis-hadis berkaitan dengannya adalah
mutawatir, maka tidak ada ruang untuk ragu-ragu berkaitan dengannya,
dengan dakwaan bahawa hadisnya adalah hadis ahad dan jika kita menerima
bahawa hadisnya adalah ahad maka wajblah mengambil hadis-hadis itu.

ولو سلمنا أنه لايوجد في القرآن ما يشهد لها ، فهي وحدها
كافية لإثبات هذه العقيدة ، والزعم بأن العقيدة لاتثبت بما صح
من أحاديث الآحاد زعم باطل دخيل في الإسلام، لم يقل به أحد من
الأعلام ـ كالأربعة وغيرهم ـ بل هو مما جاء به بعض علماء
الكلام بدون برهان من الله ولا سلطان.

Dan jika kita menerima bahawa tidak ada di dalam al-Quran yang
menunjukkan azab kubur, maka satu hadis ini sudah mencukupi untuk
menetapkan akidah ini. Dakwaan bahawa akidah tidak thabit dengan
hadis-hadis ahad yang sahih adalah dakwaan yang batil dan asing di
dalam Islam. Tidak dinyatakan daripada mana-mana Imam yang muktabar –
seperti Imam-Imam yang empat dan selain mereka – bahkan ia adalah
pendapat yang datang daripada sebahagian ulama-ulama kalam dengan
ketiadaan dalil daripada Allah.

5.4 Ijma’

5..4.1 Imam Abul Hasan Al Asy’ari, di dalam kitabnyaالإبانة فى أصول
الديانة
muka surat 215, menyatakan bahawa thabitnya ‘azab kubur merupakan “
ijma’ ” sahabat-sahabat Nabi SAW. Beliau menulis sebagai berikut:

وانكرت المعتزلة عذاب القبر . وقد روى عن النبى صلى الله عليه وسلم
من وجوه كثيرة و روى عن اصحابه رضي الله عنهم وما روى عن احدهم
منهم انه انكره ونفاه وجحده فوجب ان يكون اجماعا من اصحاب النبى
صلى الله عليه وسلم

Muktazilah mengengkari azab qubur sedang telah diriwayatkan dari
nabi dan dari sahabat baginda SAW serta tiada seorang pun dari kalangan
mereka menyanggah mengenainya maka kesimpulannhya kepercayaan azab
qubur ini sudah menjadi ijma’ di kalangan para sahabat.

5..4.2 Syekh Muhammad As Shaleh Al ‘Uthaimin, di dalam bukunya
شرح العقيدة الواسطية لشيخ الاسلام ابن تيمية المجلد الثانى
muka surat 122, mengatakan bahawa thabitnya ‘azab kubur adalah ijma’ kaum muslimin. Beliau menulis sebagai berikut:
وقوله اما نعيم واما عذاب : فيه اثبات النعيم والعذاب فى القبر وقد دل
على ذلك كتاب الله وسنة رسوله صلى الله عليه وسلم بل لنا ان نقول
واجماع المسلمين

Adapun katanya samada nikamt atau azab itu menunjukkan adanya
nikmat qubur atau azab qubur dan telah datang dalil yang banyak dari Al
Quran dan Sunnah bahkan kita mengatakan ia adalah ijma’ kaum muslimin.

6. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI HUKUM MENGAMBIL HADITH AHAD DALAM TASYRI’

6.1 Apabila hadith Ahad telah terbukti kesahihannya maka ia
mengambil hokum mutawatir dari sudut wajib beriman dan beramal dengan
segala tuntutannya . Ini dijelaskan oleh beberapa ulama’ seperti
berikut :-

6.1.1 Berkata Ibn Abi Al-‘Iz di dalam Syarh Tohawiyyah

خبر الواحد اذا تلقته الامة بالقبول عملا به و تصديقا له يفيد العلم اليقينى عند
جماهير الامة وهو احد قسمي المتواتر ولم يكن بين سلف الامة فى ذلك نزاع .
Khabar yang dibawa oleh seorang apabila diterima oleh sekalian umat
sebagai amalan dan kepercayaan memberi faedah kepada ilmu yaqin disisi
majoriti umah dan ia adalah salah satu dari dua kategori mutawatir.
Tiada perselisihan di kalangan salaf tentang perkara ini.

6.1.2 Berkata Ibn Hajar dalam Fathul Bari

قد شاع عمل الصحابة والتابعين بخبر الواحد من غير نكير فاقتضى الاتفاق
منهم على قبول
Para sahabat dan tabien biasa beramal dengan khabar wahid tanpa ada bantahan dan mereka bersepakat mengenainya.

6.1.3 Berkata Ibn Rejab dalam kitabnya اهوال القبور

وقد تواترت الأحاديث عن النبى (ص) فى عذاب القبر ففى صحيحين عن
ام المؤمنين عائشة الصديقة بنت الصديق (ر) انها قالت : العبد اذا وضع فى
قبره وتولى وذهب اصحابه حتى انه ليسمع قرع نعالهم أتاه ملكان فأقعداه
فيقولان له : ما كنت تقول فى هذا الرجل محمد (ص) ؟ فيقول : أشهد أنه
عبد الله و رسوله فيقال : انظر الى مقعدك من النار ابدلك الله به مقعدا من
الجنة قال النبى (ص) فيراهما جميعا .
وأما الكافر أو المنافق فيقول : لا أدرى كنت اقول ما يقول الناس فيقول
لا دريت و لا تليت ثم يضرب من مطرقة من حديد ضربة بين أذنيه فيصيح
صيحة يسمعها من يليه الا ثقلين .

Telah mutawatir hadith-hadith dari nabi (S.A.W.) mengenai azab qubur.
Di dalam sahihain daripada umil mukminin Aisyah (r.a.) berkata seorang
hamba apabila diletakkan diquburnya dan orang lain berpaling sehingga
ia mendengar derapan kasut, dua malaikat mendatanganinya dan
mendudukkannya dan berkata kepadanya: apa yang kamu katakana kepada
lelaki ini (Muhammad s.a.w.) Jawabnya: Aku naik saksi bahawa ia adalah
hamba Allah dan pesuruhnya dan dikatakan kepadanya lihatlah tempat
dudukmu di neraka, telah ditukar oleh Allah dengan tempat duduk di
syurga. Adapun orang kafir dan munafiq menjawab – tidakku ketahui hanya
aku berkata dengan apa yang dikatakan oleh orang. Maka ia dipukul
dengan penukul besi di antara kedua telinganya lantas menjerit hingga
suaranya didengari kecuali jin dan manusia.

7. ADAKAH MAYAT YANG TIDAK BERQUBUR JUGA MENERIMA AZAB QUBUR

7.1 Menurut Ulama’ , mayat yang tidak diquburkan seperti disimpan
di dalam peti sejuk di rumah-rumah mayat , atau terbakar atau hancur
berkecai dan ditiup angin tetap menerima azab qubur . Ini adalah
kesimpulan yang telah dibuat oleh beberapa orang ulama’ seperti berikut
:-

7.1.1 Menurut العلامة محمد السفارينى di dalam kitabnya لوامع الأنوار البهية

من لم يدفن من مصلوب ونحوه يناله نصيبه من فتنة السؤال وضغطة القبر
Sesiapa yang tidak diquburkan seperti disalib dan sebagainya tetap akan menerima soalan dan himpitan qubur.

7.1.2 Di dalam kitab Ar Ruh Al Imam Al Muhaqiq mengatakan :

مما ينبغى ان يعلم ان عذاب القبر هو عذاب البرزخ فكل من مات وهو مستحق
للعذاب ناله نصيبه من قبر ام لم يقبر فلو اكلته السباع او حرق حتى صار رمادا
او نسف فى الهواء او غرق فى البحر وصل الى روحه و بدنه ما يصل الى المقبور .

Suatu perkara yang wajar diketahui bahawa azab qubur itu adalah azab
barzakh. Maka setiap yang mati sedang ia layak untuk diazab akan
menerima habuannya sama ada ia diquburkan atau tidak walaupun dimakan
binatang buas, terbakar menjadi abu, diterbangkan angin atau tenggelam
di dasar lautan tetap akan sampai azabnya sepertimana orang yang
diquburkan juga.

8. BAGAIMANAKAH CARANYA MAYAT YANG TIDAK DIQUBURKAN MENDAPAT AZAB

8.1 Ibn Abi Al ‘Iz telah memberi komentarnya dalam Syarh Tohawiyyah

وقد تواترت الأخبار عن رسول الله (ص) فى ثبوت عذاب القبر ونعيمه لمن كان
لذلك اهلا و سؤال ملكين فيجب اعتقاد ثبوت ذلك والايمان به و لا نتكلم
فى كيقيته , إذ ليس للعقل وقوف على كيفيته لكونه لا عهد له به فى
هذه الدار

Telah mutawatir hadith Rasulullah S.A.W. di dalam menginthbatkan azab
dan nikmat qubur kepada golongan yang layak, begitu juga sabitnya, soal
dua malaikat. Maka wajib beri’tiqad wujudnya yang demikian dengan
beriman dengannya. Kita tidak dapat memperkatakan keifiatnya kerana
aqal tidak mampu meneroka alam berkenaan.

9. IMPLIKASI MEMBINCANGKAN ISU INI SECARA TERBUKA

9.1 Walaupun isu ini masih ada ruang untuk diperbincangkan namun
ianya hanya sesuai di kalangan ahli ilmu khususnya dari kalangan ahli
hadith , ahli fiqh , usuluddin dan tasauf bukannya di khalayak ramai
kerana ia akan membawa implikasi berikut :-

9.1.1 Ia lebih akan mengelirukan masyarakat .
9.1.2 Umumnya di Negara ini menerima dan mempercayai azab qubur memang ada dan kepercayaan ini sedah established .
9.1.3 Tidak ada untungnya isu ini ditimbulkan malah merugikan .
9.1.4 Sedikit sebanyak akan mengikis kepercayaan masyarakat yang kurang
faham dengan ulumul hadith terhadap hadith-hadith khusunya yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim . Begitu juga kepercayaan terhadap
para ulama’ akan luntur sedikit demi sedikit .

10. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI ORANG YANG MENOLAK AZAB QUBUR

10.1 Menurut kitab كبرى اليقينيات الكونية pengarang nya iaitu Dr
Muhd Saed Ramadhan Albuty berpendapat selepas mendatangkan dalil- dalil
kewujudan azab qubur
إذا علمت هذا فإننا نقول :
أما إنكار عذاب القبر , من أصله , فهو مزلق الى الكفر , لما ثبت من
الدليل القاطع فيه كما علمت .
وإما اقراره من حيث الأصل , مع الارتياب فى انه للروح فقط أو للروح
مع الجسم أو بعض أجزاء الجسم , فذلك امر ليس من شأنه أن ينتهى
بالباحث ال الكفر لأن التحقيق فى أن العذاب يكون للروح فقط أو للروح
والجسد معا , خاضع للنظر , وليست فيه أدلة قاطعة واضحة كأدلة
أصل التعذيب والتنعيم .

Apabila engkau mengetahui perkara ini maka sesungguhnya kami mengatakan :
Adapun mengingkari azab kubur, dari asalnya (mengingkari azab kubur
secara keseluruhannya) maka dia tergelincir kepada kekufuran kerana
telah thabit daripada dalil yang qatie mengenainya seperti yang engkau
ketahui.

Dan adapun beriman dengan azab kubur, tetapi meragui sama ada untuk roh
sahaja ataupun roh dan jasad atau sebahagian dari anggota badan, maka
yang demikian itu tidak membawa kepada kekufuran kerana pendapat yang
kuatnya dalam masalah azab kubur ini sama ada roh sahaja atau roh dan
jasad memerlukan kepada pengkajian yang teliti, dimana tidak ada dalil
yang qatie dan jelas seperti adanya azab kubur dan nikmatnya.

10.2 Di dalam kitab Fiqh Sunnah jilid awal mukasurat 311 Sayyid Sabiq menyebutkan
وقال المروزي : قال أبوعبد الله ـ يعني الإمام أحمد ـ عذاب القبر حق
لا ينكره إلا ضال مضل.

Daripada al-Marwazi : Telah berkata Abu Abdullah – iaitu Imam Ahmad –
Azab kubur itu adalah benar tidak mengingkarinya melainkan orang yang
sesat lagi menyesatkan.

11. KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang untuk kali ke 161 pada 23
Syawal 1424 bersamaan 17 Disember 2003 telah bersetuju bahawa menolak
kepercayaan azab qubur setelah wujud keterangan dari Al Quran dan Al
Hadith serta Ijma’ Ulama’ adalah terkeluar dari ajaran Islam.

2 comments:

Rosli Rahim said...

Cuba lihat surah Yasiin ayat 50 - 52.

Rosli Rahim said...

Sila lihat surah Yasiin ayat 50 - 52